Saturday, 11 June 2016

BUBUR LAMBUK KAMPUNG RABAN

Bubur Lambuk Raban....diadakan setiap kali bulan Ramadhan...dimasak secara bergotong royong oleh penduduk kampung..

Diadakan setiap sabtu sepanjang ramadhan,dan agihan bermula pada selepas solat asar di Masjid Al-Hamidiah...

Program ini telah diadakan sejak beberapa tahun dahulu dan telah menjadi program tahunan...

Kepada anda yang ingin mencuba bubur lambuk Raban,sila datang pada hari dan waktu yang ditetapkan....kalau lambat melepas,sebab bubur lambuk ni mmg sedap dan diminati oleh penduduk kampung....

Moh le weh....

Saturday, 28 May 2016

GOTONG ROYONG

Aktiviti masyarakat..bergotong royong di Kampung Padang Luas dan Cherakoh

DAMAI SELERA

Damai Selera....salah sebuah gerai makan yang terdapat di Kampung Raban,dibuka setiap hari..dari jam 11pagi hingga 11malam

Menyediakan masakan kampung pada tengahari..ikan bakar,gulai,ulam,dll..

Juga ada menu nasi goreng ikan rebus,mee rebus,laksa,sup dll..

Damai Selera terletak di persimpangan 3 kg raban..

Aktiviti Masyarakat Kampung Majlis Khatam Al Quran Wanita

Pengajian Al-Quran dijalankan pada setiap hari selasa bermula jam 5petang oleh kaum ibu..Kelas pengajian turut diajar hukum tajwid yg diajar oleh Ustazah Siti Jariah Syed Abdul Hamid..seramai 30 orang peserta yang menyertai kelas tersebut...

Pada hari ini,28.5.2016 Majlis Khatam Al-Quran telah diadakan di rumah Tn Hj Ahmad Idris Bin Mohamad Nor..

Thursday, 19 May 2016

Berhati-Hati Dengan Ancaman Banjir







Bagi rumah-rumah  yang berhampiran dengan sungai diminta berjaga- jaga berikutan keadaan cuaca yang membimbangkan. Sila laporkan kepada pihak JKKK Kg Raban  jika berlaku banjir.

Saturday, 14 May 2016

Ahli Jawatankuasa Kemajuan Dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Raban 2014-2015


Gotong royong peserta kursus PUSKEP MARA membersih masjid dan dewan